Tuesday, 16 October 2012

RUMUSAN

Kami kumpulan46pintar telah di beri tugasan membuat seni kraf
Contoh:
*Batik
*Seramik
*Perak
*Tembikar
*Tekak
*Manik
*Tikar Pandan
*Tikar Mengkuag
  Dan kami sudah siap di beri tugasan oleh guru yang mengajar kami.Dan kami sangat gembira kerana sudah siap tugasan yang di beri oleh guru.
  Pelbagai kaum yang membuat seni kraf:
*Melayu
*Cina
*India
*Iban
*Asli
  Itulah tugasan yang kami buat selama ini dan kami merasa amat banga dan gembira kerana sudah siap membuat kerja yang di beri oleh guru.












*
*
*
*
*
*
*

Sunday, 14 October 2012

RUMUSAN

Kami kumpulan 46 pintar telah siap membuat tugasan yang di berikan guru.
contoh=
*
*
*
*
*
*
*
*

Tuesday, 9 October 2012

RUMUSAN

Perbuatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme kian hari menular di negara kita . Harta benda awam telah dirosakkan sewenang – wenangnya . Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini telah mengundang pelbagai komplikasi . Pihak kerajaan telah membelanjakan berjuta – juta ringgit untuk memperbaiki kemudahan awam yang telah dirosakkan oleh individu yang tidak mempunyai “ perasaan memiliki “ setiap kemudahan yang disediakan .
     Banyak perkara yang dapat dilakukan oleh masyarakat untuk membanteras vandalisme daripada terus menerus berleluasa . Pendidikan merupakan tunjang atau paksi utama yang dapat mengubat penyakit sosial ini . Di peringkat sekolah , pendidikan diharap mampu mencambahkan kesedaran cinta terhadap harta benda awam . Di samping itu, masyarakat setempat pula perlu prihatin dan berasa terpanggil untuk mengambil tindakan tanpa perlu mengharapkan pihak berkuasa membuat tangkapan . Dalam hal ini , Jawatankuasa Perumahan yang berkenaan perlu bergabung tenaga untuk membuat kawal selia di kawasan masing – masing .      Kepada pesalah – pesalah vandalisme pula , hukuman yang lebih berat perlu dikenakan sebagai suatu jalan pencegahan yang paling baik . Ada cadangan daripada pihak masyarakat yang mahu supaya para pesalah didenda melakukan kerja pembersihan di kawasan – kawasan awam , seperti membersihkan tandas dan sebagainya. Denda ini adalah sebagai pengajaran kepada individu lain agar menjauhkan diri daripada perbuatan vandalisme . Kita boleh juga mengambil contoh dari negara Singapura yang menjatuhkan hukuman berat kepada pesalah vandalisme . Selain itu, langkah bersama yang boleh diambil adalah mengadakan program tindakan bersama seperti menganjurkan pameran yang melibatkan agensi seperti Polis Diraja Malaysia , Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ).      Di ibu negara , Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara harta benda awam ini dengan membentuk Jawatankuasa Antivandalisme yang turut dianggotai oleh jabatan lain dan agensi kerajaan . Kerana menyedari hakikat bahawa pelajar merupakan aset penting dan generasi wawasan yang akan menerajui negara pada masa hadapan , maka  Jawatankuasa Antivandalisme ini telah melibatkan sekolah dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen ini . Jabatan Pendidikan sendiri telah menganjurkan “ Harta Benda Awam Milikku – Milikmu “ . Pertandingan seperti ini penting untuk menanamkan sifat bertanggungjawab dan menyemaikan perasaan sayang terhadap harta benda awam .

seni kraf orang india

PAKAIAN TRADISINOAL KAUM INDIA SariSari ialah sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang bergantungkepada individu yang memakainya yang dipadankan dengan kain dalamyang berwarna seakan-akan kain sari tersebut,serta dipakai bersamacholi@blaus yang berwarna sama atau setentang dengannya.sari dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletakdi atas bahu kiri.kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokongkain sari tersebut dari terlucut.
  • 2. Salwar KameezPakaian tradisional yang popular di kalangan wanita di utara india ialahSalwar Kameez yang terdiri daripada blaus panjang yang dipadankandengan seluar panjang yang longgar di atas tetapi semakin kecil dibawahnya, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.Wanita kaum India juga gemar memakai dupatta di bahu mereka ketikamemakai salwar kameez. Wanita India berketurunan tamilmeletakkan mundani (selendang) pada bahu kiri sementara Indiaberketurunan telegu meletakkan selendang pada bahu kanan.
  • 3. KurtaKurta ialah pakaian tradisional bagi lelaki kaum India.kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kainkapas atau lime dan sutera.kurta ini pada kebiasaanya akan dipakai bersama salwar longgar,seluarlonggar atau seluar churidar.kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijamadimana kurta pijama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi.kurta ini juga boleh dipakai bersama dhoti.dhoti ialah sejenis kainberbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meteryang dililit di sekitar pinggang dan kaki
  • seni kraf tikar pandan

    
    
    Anyaman merupakan seni kraf sejaAnyamAnyaman merupakan seni kraf sejagat Malaysia wujud sejak 300 ratus tahun yang lampau. Hasil rimba seperti buluh, rotan, pandan, mengkuang dan ribu-ribu menyumbang kepada hasil utama kraf anyaman. Anyaman yang dihasilkan daripada bahan hasil rimba ini memaparkan barangan harian, hiasan dan hadiah.
    Keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat Malaysia menghasilkan kraftangan anyaman terserlah melalui penghasilan bakul, tikar, perabut, pengadang, bekas serbaguna, dinding rumah dan barangan hadiah dan cenderamata.
    Kepelbagaian penghasilan produk ini memaparkan keadaan sebenar keunikan seni kraftangan Malaysia yang dianggap seni kraf yang unik di rantau Asia
    an merupakan seni kraf sejagat Malaysia wujud sejak 300 ratus tahun yang lampau. Hasil rimba seperti buluh, rotan, pandan, mengkuang dan ribu-ribu menyumbang kepada hasil utama kraf anyaman. Anyaman yang dihasilkan daripada bahan hasil rimba ini memaparkan barangan harian, hiasan dan hadiah.
    Keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat Malaysia menghasilkan kraftangan anyaman terserlah melalui penghasilan bakul, tikar, perabut, pengadang, bekas serbaguna, dinding rumah dan barangan hadiah dan cenderamata.
    Kepelbagaian penghasilan produk ini memaparkan keadaan sebenar keunikan seni kraftangan Malaysia yang dianggap seni kraf yang unik di rantau Asia
    gat Malaysia wujud sejak 300 ratus tahun yang lampau. Hasil rimba seperti buluh, rotan, pandan, mengkuang dan ribu-ribu menyumbang kepada hasil utama kraf anyaman. Anyaman yang dihasilkan daripada bahan hasil rimba ini memaparkan barangan harian, hiasan dan hadiah.
    Keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat Malaysia menghasilkan kraftangan anyaman terserlah melalui penghasilan bakul, tikar, perabut, pengadang, bekas serbaguna, dinding rumah dan barangan hadiah dan cenderamata.
    Kepelbagaian penghasilan produk ini memaparkan keadaan sebenar keunikan seni kraftangan Malaysia yang dianggap seni kraf yang unik di rantau Asia

    seni kraf manik

    seni manik
    TEMBURONG, Jumaat, 6 Februari.- Penghasilan kraftangan daripada manik merupakan satu kemahiran yang memerlukan kepakaran tinggi dan ianya tidak dapat dikuasai oleh semua individu. Penasihat Majlis Perundingan Kampung Senukoh, Mukim Labu Awang Haji Jakir menerima penjelasan dari Timbalan Pengerusi Bengkel Kraftangan Manik Dayang Saimon binti Haji Lahid di majlis penutup bengkel. Berucap selaku tetamu kehormat di Majlis Penutupan Bengkel Kraftangan Manik, Penasihat Majlis Perundingan Kampung Senukoh, Mukim Labu Awang Haji Jakir menyeru semua peserta bengkel agar dapat menghasilkan kraftangan daripada manik secara berterusan kerana ianya dapat dijadikan sumber pendapatan sampingan. Bengkel yang dikendalikan oleh Majlis Perundingan Kampung Senukoh dihadiri oleh 19 orang peserta dan berakhir dengan penyampaian sijil penyertaan serta hadiah bagi beberapa kategori yang dipertandingkan oleh tetamu kehormat. Menurut Timbalan Pengerusi bengkel, Dayang Saimon binti Haji Lahid, bengkel yang diadakan dua kali seminggu sejak Disember 2008 itu dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar pada setiap hari Jumaat dan Ahad bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang.
    berita09aSalah seorang peserta bengkel, Dayang Tainun binti Haji Amin, menghasilkan gubahan manik seperti kotak tisu, alas meja, bakul, pasu, replika binatang dan lain-lain. Ianya dibukakan bagi kaum wanita Majlis Perundingan Mukim Labu dengan matlamat memberikan pengetahuan, kemahiran serta bimbingan kepada para peserta khasnya mengenai seni anyaman manik. Dayang Saimon juga berpendapat keunikan dan kehalusan seni anyaman manik hanya dapat dicapai sekiranya individu itu mempunyai minat yang mendalam, ketelitian, kreatif serta ketekunan atau kesabaran dalam menyiapkan apa jua bentuk anyaman manik. Salah seorang peserta bengkel, Dayang Tainun binti Haji Amin semasa ditemui berkata minatnya yang mendalam dalam seni pembuatan kraftangan manik bermula selepas menyaksikan kehalusan anyaman kraftangan tersebut yang dipamerkan sebagai produk kampung yang dihasilkan oleh salah sebuah kampung di Mukim Bangar kira-kira setahun yang lalu. Dayang Tainun sebelum ini juga pernah mengikuti bengkel yang sama anjuran oleh Majlis Perundingan Kampung Menengah beberapa bulan lalu. Beliau yang turut menerima tempahan dari manik kini menghasilkan kraftangan atau gubahan manik seperti kotak tisu, alas meja, bakul, pasu serta replika binatang dan berazam untuk menambah kemahirannya dalam seni menganyam manik termasuk pembuatan aksesori wanita seperti gelang, rantai dan sebagainya

    seni kraf etnik sarawak

    Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orentasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik kraf pula adalah terdiri daripada produk-produk yang dihasilkan oleh kumpulan-kumpulan etnik ini seperti ukiran kayu orang asli, ukiran kayu negeri Sarawak, manik dan anyaman Sabah dan Sarawak.

    Sunday, 7 October 2012

    seni kraf etnik sabah

    Malaysia bertuah memiliki hasil alam yang dapat menyumbang kepada pendapatan dan ekonomi rakyat tempatan. Bidang hasil rimba seperti bahan daripada kayu, buluh, rotan, mengkuang, pandan, bemban, tempurung kelapa dan daun serdang yang gigih diusahakan oleh usahawan kraf tempatan, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli.

    Sabah adalah negeri yang mempunyai bilangan usahawan kraf bidang hasil rimba yang tertinggi, iaitu melebihi 2,000 usahawan. Selain Sabah, Sarawak juga mempunyai bilangan usahawan yang besar dalam mengeluarkan pelbagai penggunaan produk kraf hasil rimba yang begitu dekat dengan kehidupan seharian. Seni kraf yang berasaskan kayu, buluh, rotan, mengkuang dan lain-lain lagi.

    seni kraf orang asli

    Pewarnaan asli dipercayai telah wujud di Mesir dan Parsi sejak 2000 tahun dahulu. la kemudian berkembang ke China dan Jepun pada abad ke 7.
    Sebelum terciptanya pewarna sintetik pada pertengahan abad ke 19, semua pewarna dihasilkan daripada sumber asli seperti dedaun, bunga-bungaan, buah-buahan (beri), akar tumbuh-tumbuhan, serangga, karang-karangan serta mineral. Pusat pewarnaan telah didirikan di pesisir Mediterranean lima ribu tahun yang lampau. Pewarnaan asli telah menjadi satu kemahiran di zaman purbakala Mesir. Antara bahan yang digunakan ialah weld iaitu sejenis rumpai yang digunakan untuk mendapatkan warna kuning, pokok woad untuk warna biru dan akar pokok madder untuk warna merah.
    Kaum Phoenician mahir menggunakan karang-karangan untuk menghasilkan pewarna daripada warna merah hingga ke ungu dan biru. Kebanyakan teknik ini turut digunakan oleh Orang Yunani dan Romawi. Mereka juga menggunakan kermes, sejenis serangga untuk menghasilkan pewarna merah dim archil, sejenis lichen yang terdapat di pantai yang menghasilkan warn
    Pewarnaan asli dipercayai telah wujud di Mesir dan Parsi sejak 2000 tahun dahulu. la kemudian berkembang ke China dan Jepun pada abad ke 7.
    Sebelum terciptanya pewarna sintetik pada pertengahan abad ke 19, semua pewarna dihasilkan daripada sumber asli seperti dedaun, bunga-bungaan, buah-buahan (beri), akar tumbuh-tumbuhan, serangga, karang-karangan serta mineral. Pusat pewarnaan telah didirikan di pesisir Mediterranean lima ribu tahun yang lampau. Pewarnaan asli telah menjadi satu kemahiran di zaman purbakala Mesir. Antara bahan yang digunakan ialah weld iaitu sejenis rumpai yang digunakan untuk mendapatkan warna kuning, pokok woad untuk warna biru dan akar pokok madder untuk warna merah.
    Kaum Phoenician mahir menggunakan karang-karangan untuk menghasilkan pewarna daripada warna merah hingga ke ungu dan biru. Kebanyakan teknik ini turut digunakan oleh Orang Yunani dan Romawi. Mereka juga menggunakan kermes, sejenis serangga untuk menghasilkan pewarna merah dim archil, sejenis lichen yang terdapat di pantai yang menghasilkan warna ungu. Pada ketika itu, warna ungu disanjung tinggi dan diguna bagi melambangkan taraf dan status. Sehingga abad ke 16, pelbagai pewarna asli digunakan oleh orang Eropah yang hampir sama dengan teknik yang digunakan oleh orang Yunani dan Romawi. Pokok woad, weld dan akar madder, merupakan bahan pewarna yang paling penting sementara archil dan kemes tidak banyak digunakan dalam pewarnaan asli.
    a ungu. Pada ketika itu, warna ungu disanjung tinggi dan diguna bagi melambangkan taraf dan status. Sehingga abad ke 16, pelbagai pewarna asli digunakan oleh orang Eropah yang hampir sama dengan teknik yang digunakan oleh orang Yunani dan Romawi. Pokok woad, weld dan akar madder, merupakan bahan pewarna yang paling penting sementara archil dan kemes tidak banyak digunakan dalam pewarnaan asli.

    seni kraf orang cina

    Lukisan tahun baharu, sejenis seni kraf tangan purba, dikenali sebagai lukisan cap blok kayu (wood block print) yang popular digunakan oleh orang China untuk menghiaskan rumah sempena Tahun Baharu Cina.
    Pada zaman purba, orang China melukis imej dewa yang menjaga keselamatan keluarga dalam cerita dongeng di atas kertas dan menempelkannya pada pintu atau dinding rumah untuk menghalau hantu. Zaman berubah, ekoran penciptaan teknik pencetakan blok kayu pada zaman Dinasti Tang, jumlah penghasilan cetakan lukisan itu banyak meningkat dan tema seni itu pun berbagai-bagai.
    Bermula pada zaman Dinasti Song, tema lukisan cap blok kayu dikembangkan daripada memuja alam dan dewa kepada mendoakan keharmonian dan kebahagiaan, dan selanjutnya isi cerita opera tradisional dan adat istiadat, dan menyatakan perasaan dan cita-cita kaum tani

    Wednesday, 3 October 2012

    seni kraf orang melayu

    PengenalanKesenian wujud, berkembang dan diturun temurunkan dalam atau melalui tradisi-tradisi sosial atau masyarakat. Kesenian adalah milik masyarakat, dilihat sebagai cara hidup yang bertalian dengan keindahan dari para ahli masyarakat. Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai. Warisan seni tradisional di kalangan orang Melayu disampaikan secara lisan dari generasi kepada satu generasi, namun artis sebagai individu yang menghasilkan mempunyai ruang untuk menggalakan kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetik karya seni tersebut. Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik. Seni rupa dalam masyarakat Melayu merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.
    Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik. Seni anyaman adalah suatu bentuk kraf yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional masyarakat Melayu dan rumpun nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Ini tidak menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk

    seni kraf tikar mengkuang

    Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon. Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung saji.

    Anyaman Pandan

    Menganyam Tudung Saji

    Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung.

    Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota haiwan, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau. Juga kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas. Antaranya ialah anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan.

    Akhir sekali, terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar mengiri, kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan. Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah dicelupkan dua warna yang bertentangan atau berkontras. Misalnya, kuning dan hijau, merah dan ungu, atau putih dan perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai tanah atau latar corak. Bilah-bilah berwarna yang dianyam tindih-menindih dan berselang-seli ini akan menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan.
    Anyaman Mengkuang
    Menganyam Tikar

    seni kraf pua

    Adalah dipercayai bahawa di antara abad ke-7 sebelum masehi sehingga abad pertama selepas  Masehi, tenunan Iban telah dipengaruhi oleh beberapa budaya asing.  Ini termasuk kebudayaan Dongson, zaman Gangsa di Annam (Vietnam Utara) dan Dinasti Chou terakhir Negeri China.

    Pua iaitu tenunan ikat warisan turun-temurun suku kaum Iban yang memaparkan identiti dan pegangan kuat kaum tersebut kepada adat dan tradisi hidup mereka.  Pada zaman dahulu, tukang tenun dikatakan menerima rekacorak tenunan pua dari mimpi.  Rekacorak yang terhasil menonjolkan unsur-unsur estetika dan mistik yang tersendiri.

    Warna-warna asli seperti perang kemerahan, biru tua dan merah telah dihasilkan menggunakan pewarna asli.  Dahulu, warna-warna ini diperolehi daripada bahan semulajadi seperti akar mengkudu, daun tarum, kunyit dan daun pokok engjerebai.

    Motif tumbuh-tumbuhan, binatang seperti engkarung dan buaya, serta lembaga manusia (engkaramba) memaparkan keunikan rekacorak tradisional tenunan pua.  Kini, motif moden seperti bentuk tumbuhan dan geometri lebih digemari.  Unsur budaya Dongson pula amat ketara dalam penampilan motif keluk dan pilin berganda di samping motif tempatan yang memancarkan unsur alam.

    Selain daripada kegunaan di upacara adat istiadat dan keagamaan, tenunan pua juga telah dijadikan pelbagai jenis pakaian tradisi seperti bidang (skirt), sirat (cawat), kalambi (jaket), pua kumbu (selimut tradisional) dan dangdong (kain selempang).

    seni kraf batik

    Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

    seni kraf tembikar

    Pengenalanserpihan tembikar di Bukit Tanjung Lembu, Perlis, di Gua Cha, Kelantan dan Ulu Tembeling, Pahang.
    Peribahasa Melayu ada mengatakan : Ditetak belah, dipalu belah tembikar juga akan jadinya yang membawa erti walau bagaimanapun diseksa atau disakiti, kesudahannya jadi mayat juga.

    Melalui peribahasa Melayu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa tembikar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan orang Melayu pada masa dahulu.

    Di negara kita, kegunaan tembikar telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan serpihan-

    seni kraf tekat


    Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Tekat menekat ini juga disebut 'sulaman timbul' atau 'suji timbul'. Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama dengan penggunaan tekstil songket berdasarkan kepada bahan asasnya iaitu benang emas, kain baldu dan juga rupabentuk ciptaannya. Di Malaysia, pusat-pusat seni tekat berkembang di negeri Perak, Pahang dan Johor.

    BATIK BUATAN MALAYSIA

    Kuala Lumpur, 8 Mac 2005 - Asal usul batik masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Ada pendapat yang mengatakan batik berasal dari India dan ada pula mengatakan ia dari Parsi. Pakar arkeologi pula pernah menjumpai cebisan kain berupa batik di Mesir menghiasi pakaian mereka dengan teknik menyerupai batik pada tahun 70 masehi lagi.

    Namun para pengkaji mempercayai ia berasal dari kepulauan Melayu dan bahawa terdapat pemikiran di antara Asia Tenggara dan India pada zaman dahulu yang membawa batik menjelajah ke benua lain. Terdapat juga kemungkinan bahawa batik tiba di Mesir dari kepulauan Melayu melalui India memandangkan seni mengecap lilin ke atas kain kain adalah seni warisan Melayu berdasarkan rumusan pengkajian sejarahwan Winstedt dan Skeat.

    Seni begini tidak pernah terdapat dalam tradisi budaya India.Teori ini diperkuatkan dengan perkataan batik itu sendiri berunsurkan Melayu dan Jawa iaitu titik dan amba (tulis).

    Pendapat mengenai asal-usul batik bukan sahaja berdasarkan nama tetapi juga berdasarkan kepelbagaian teknik. Batik Pelagi misalnya, menggunakan teknik ikat celup dikenali di Malaysia dan di Indonesia sebagai pelangi atau titik yang mengambil kira kepelbagaian warna pelangi.

    Definisi batik dipercayai berasal daripada Indonesia yang mana diambil daripada perkataan Melayu untuk titik dan Jawa 'mba' ertinya menulis. Oleh itu batik bererti menulis titik-titik yang dimaksudkan di sini sama ada berupa titik-titik dalam ertikata sebenar atau berupa bunga-bunga dan lain-lain motif kecil di atas permukaan kain. Kemudian, teknik untuk mewujudkan motif-motif itu bergantung pada zaman dan ruang

    Tuesday, 2 October 2012

    seni kraf seramik

     Perkataan seramik diambil dari perkataan bahasa Inggeris ( ceramic ) berasal dari Yunani, dan secara harafiahnya merujuk kepada semua bentuk tanah liat. Bagaimanapun, penggunaan istilah moden meluaskan penggunaannya yang merangkumi bahan bukan logam bukan organik. Sehingga tahun 1950an, yang paling penting adalah tanah liat tradisional, yang dijadikan barangan tembikar (pottery), batu bata, jubin dan seumpamanya, bersama dengan simen dan kaca. Secara sejarah, barangan seramik adalah keras, poros, dan mudah pecah. Seni kraf seramik ini seperti tembikar, kristal, kaca dan batu marmar.

    seni kraf tembaga

    Pengenalan
    Pengenalan Di Semenanjung Malaysia penggunaan bahan logam dalam keperluan hidup manusia telah bermula sejak zaman purba lagi. Kepandaian menggunakan bahan logam di zaman purba adalah sesuatu yang sangat menarik kerana logam adalah bahan yang tidak boleh dipecah-pecahkan untuk menghasilkan sesuatu alat seperti alat-alat yang diperbuat daripada batu. Penggunaan alat-alat daripada logam yang berukir berterusan hingga kini. Orang-orang Melayu juga banyak sekali menghasilkan beraneka jenis alat yang diperbuat daripada logam. Seni ukiran pada alat-alat logam yang dihasilkan oleh tukang-tukang Melayu dapat kita lihat pada senjata-senjata tradisional, peralatan rumah, perhiasan diri serta barangan-barangan lain. Maklumat berkaitan seni ukiran logam daripada perak dan tembaga akan dipaparkan menerusi bidang ini.

    seni kraf perak

    Pengenalan Di Semenanjung Malaysia penggunaan bahan logam dalam keperluan hidup manusia telah bermula sejak zaman purba lagi. Kepandaian menggunakan bahan logam di zaman purba adalah sesuatu yang sangat menarik kerana logam adalah bahan yang tidak boleh dipecah-pecahkan untuk menghasilkan sesuatu alat seperti alat-alat yang diperbuat daripada batu. Penggunaan alat-alat daripada logam yang berukir berterusan hingga kini. Orang-orang Melayu juga banyak sekali menghasilkan beraneka jenis alat yang diperbuat daripada logam. Seni ukiran pada alat-alat logam yang dihasilkan oleh tukang-tukang Melayu dapat kita lihat pada senjata-senjata tradisional, peralatan rumah, perhiasan diri serta barangan-barangan lain. Maklumat berkaitan seni ukiran logam daripada perak dan tembaga akan dipaparkan menerusi bidang ini.

    SENI KRAF KAYU

    Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli.