Lukisan tahun baharu, sejenis seni kraf tangan purba, dikenali sebagai lukisan cap blok kayu (wood block print) yang popular digunakan oleh orang China untuk menghiaskan rumah sempena Tahun Baharu Cina.
Pada zaman purba, orang China melukis imej dewa yang menjaga keselamatan keluarga dalam cerita dongeng di atas kertas dan menempelkannya pada pintu atau dinding rumah untuk menghalau hantu. Zaman berubah, ekoran penciptaan teknik pencetakan blok kayu pada zaman Dinasti Tang, jumlah penghasilan cetakan lukisan itu banyak meningkat dan tema seni itu pun berbagai-bagai.
Bermula pada zaman Dinasti Song, tema lukisan cap blok kayu dikembangkan daripada memuja alam dan dewa kepada mendoakan keharmonian dan kebahagiaan, dan selanjutnya isi cerita opera tradisional dan adat istiadat, dan menyatakan perasaan dan cita-cita kaum tani
No comments:
Post a Comment