 |
seni manik
|
TEMBURONG, Jumaat, 6 Februari.- Penghasilan kraftangan daripada manik merupakan satu kemahiran yang memerlukan kepakaran tinggi dan ianya tidak dapat dikuasai oleh semua individu. Penasihat Majlis Perundingan Kampung Senukoh, Mukim Labu Awang Haji Jakir menerima penjelasan dari Timbalan Pengerusi Bengkel Kraftangan Manik Dayang Saimon binti Haji Lahid di majlis penutup bengkel. Berucap selaku tetamu kehormat di Majlis Penutupan Bengkel Kraftangan Manik, Penasihat Majlis Perundingan Kampung Senukoh, Mukim Labu Awang Haji Jakir menyeru semua peserta bengkel agar dapat menghasilkan kraftangan daripada manik secara berterusan kerana ianya dapat dijadikan sumber pendapatan sampingan. Bengkel yang dikendalikan oleh Majlis Perundingan Kampung Senukoh dihadiri oleh 19 orang peserta dan berakhir dengan penyampaian sijil penyertaan serta hadiah bagi beberapa kategori yang dipertandingkan oleh tetamu kehormat. Menurut Timbalan Pengerusi bengkel, Dayang Saimon binti Haji Lahid, bengkel yang diadakan dua kali seminggu sejak Disember 2008 itu dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar pada setiap hari Jumaat dan Ahad bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang.

Salah seorang peserta bengkel, Dayang Tainun binti Haji Amin, menghasilkan gubahan manik seperti kotak tisu, alas meja, bakul, pasu, replika binatang dan lain-lain. Ianya dibukakan bagi kaum wanita Majlis Perundingan Mukim Labu dengan matlamat memberikan pengetahuan, kemahiran serta bimbingan kepada para peserta khasnya mengenai seni anyaman manik. Dayang Saimon juga berpendapat keunikan dan kehalusan seni anyaman manik hanya dapat dicapai sekiranya individu itu mempunyai minat yang mendalam, ketelitian, kreatif serta ketekunan atau kesabaran dalam menyiapkan apa jua bentuk anyaman manik. Salah seorang peserta bengkel, Dayang Tainun binti Haji Amin semasa ditemui berkata minatnya yang mendalam dalam seni pembuatan kraftangan manik bermula selepas menyaksikan kehalusan anyaman kraftangan tersebut yang dipamerkan sebagai produk kampung yang dihasilkan oleh salah sebuah kampung di Mukim Bangar kira-kira setahun yang lalu. Dayang Tainun sebelum ini juga pernah mengikuti bengkel yang sama anjuran oleh Majlis Perundingan Kampung Menengah beberapa bulan lalu. Beliau yang turut menerima tempahan dari manik kini menghasilkan kraftangan atau gubahan manik seperti kotak tisu, alas meja, bakul, pasu serta replika binatang dan berazam untuk menambah kemahirannya dalam seni menganyam manik termasuk pembuatan aksesori wanita seperti gelang, rantai dan sebagainya
No comments:
Post a Comment